SIFAT WAJIB BAGI ALLAH SWT
1. Wujud
: Artinya Ada
Yaitu tetap dan
benar yang wajib bagi zat Allah Ta’ala yang tiada disebabkan dengan sesuatu
sebab. Maka wujud ( Ada
) – disisi Imam Fakhru Razi dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi bukan ia a’in
maujud dan bukan lain daripada a’in maujud , maka atas qaul ini adalah wujud
itu Haliyyah ( yang menepati antara ada dengan tiada) . Tetapi pada pendapat
Imam Abu Hassan Al-Ashaari wujud itu ‘ain Al-maujud , karena wujud itu
zat maujud karena tidak disebutkan wujud melainkan kepada zat. Kepercayaan
bahwa wujudnya Allah SWT. bukan saja di sisi agama Islam tetapi semua
kepercayaan di dalam dunia ini mengaku menyatakan Tuhan itu ada. Firman Allah
SWT. yang bermaksud :
” Dan jika kamu
tanya orang-orang kafir itu siapa yang menjadikan langit dan bumi nescaya
berkata mereka itu Allah yang menjadikan……………” ( Surah Luqman : Ayat 25 )
2. Qidam
: Artinya Sedia
Pada hakikatnya
menafikan ada permulaan wujud Allah SWT karena Allah SWT. menjadikan tiap-tiap
suatu yang ada, yang demikian tidak dapat tidak keadaannya lebih dahulu
daripada tiap-tiap sesuatu itu. Jika sekiranya Allah Ta’ala tidak lebih dahulu
daripada tiap-tiap sesuatu, maka hukumnya adalah mustahil dan batil. Maka
apabila disebut Allah SWT. bersifat Qidam maka jadilah ia qadim. Di dalam Ilmu
Tauhid ada satu perkataan yang sama maknanya dengan Qadim Yaitu Azali. Setengah
ulama menyatakan bahwa kedua-dua perkataan ini sama maknanya Yaitu sesuatu yang
tiada permulaan baginya. Maka qadim itu khas dan azali itu am. Dan bagi tiap-tiap
qadim itu azali tetapi tidak boleh sebaliknya, Yaitu tiap-tiap azali tidak
boleh disebut qadim. Adalah qadim dengan nisbah kepada nama terbahagi kepada
empat bagian :
·
Qadim Sifati ( Tiada permulaan sifat Allah Ta’ala )
·
Qadim Zati ( Tiada permulaan zat Allah Ta’ala )
·
Qadim Idhafi ( Terdahulu sesuatu atas sesuatu seperti terdahulu bapa nisbah
kepada anak )
·
Qadim Zamani ( Lalu masa atas sesuatu sekurang-kurangnya satu tahun )
Maka Qadim
Haqiqi ( Qadim Sifati dan Qadim Zati ) tidak harus dikatakan lain daripada
Allah Ta’ala.
3. Baqa’
: Artinya Kekal
Sentiasa ada,
kekal ada dan tiada akhirnya Allah SWT . Pada hakikatnya ialah menafikan ada
kesudahan bagi wujud Allah Ta’ala. Adapun yang lain daripada Allah Ta’ala , ada
yang kekal dan tidak binasa Selama-lamanya tetapi bukan dinamakan kekal yang
hakiki ( yang sebenar ) Bahkan kekal yang aradhi ( yang mendatang jua seperti
Arasy, Luh Mahfuz, Qalam, Kursi, Roh, Syurga, Neraka, jisim atau jasad para
Nabi dan Rasul ). Perkara –perkara tersebut kekal secara mendatang tatkala ia
bertakluq dengan Sifat dan Qudrat dan Iradat Allah Ta’ala pada mengekalkannya.
Segala jisim semuanya binasa melainkan ‘ajbu Az-zanabi ( tulang kecil seperti
biji sawi letaknya di tungking manusia, itulah benih anak Adam ketika bangkit
daripada kubur kelak ). Jasad semua nabi-nabi dan jasad orang-orang syahid
berjihad Fi Sabilillah yang mana ianya adalah kekal aradhi jua. Disini nyatalah
perkara yang diiktibarkan permulaan dan kesudahan itu terbahagi kepada 3 bagian
:
·
Tiada permulaan dan tiada kesudahan Yaitu zat dan sifat Alllah SWT.
·
Ada permulaan
tetapi tiada kesudahan Yaitu seperti Arash, Luh Mahfuz , syurga dan lain-lain
lagi.
·
Ada permulaan
dan ada kesudahan Yaitu segala makhluk yang lain daripada perkara yang diatas
tadi ( Kedua ).